Thursday, August 21, 2008

Pengenalan

Sama ada anda sedar atau tidak bidang pendidikan tidak dapat tidak telah menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan.Perkembangan teknologi semakin berpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini.Guru adalah sebagai agen mesti menjadi perancang,pengguna dan penyebar kepada perkembangan teknologi ini.Guru dan pendidik tidak seharusnya ketinggalan kerana mereka sering beranggapan sebagai orang paling berilmu.Lebih malang lagi jika mereka memiliki Ijazah tetapi gagal menaatkan teknologi yang berkembang pesat dalam memacu corak dan perkembangan pendidikan era global.